Wednesday, May 20, 2009

Pertukaran Penyelaras LDP



Selamat Bertukar Kepada Cikgu Ab Rahman
Seorang Guru yang lama berkhidmat di SKSC01 telah dinaikan pangkat ke Penolong Kanan Kokurikulum di SK Lepan Jaya.
Selamat Berkhidmat Di sekolah Baru.....
TAHNIAH........

Tuesday, January 6, 2009

GURU-GURU YANG BERTUKAR




Antara guru dapat bertukar pada 01/01/2009
Selamat Bertugas di sekolah Baru kepada Semua Guru ini.

"JASAMU TETAP KAMI KENANG..."

Wednesday, December 17, 2008

MESYUARAT SEKOLAH 2009

Untuk makluman kepada semua guru SKSC01
Mesyuarat yang akan diadakan pada 3 Januari 2009 telah ditunda seperti berikut:


Perkara : Mesyuarat Guru 2009
Tarikh : 01 Januari 2009
Hari : Khamis
Tempat : Bilik Wacana

SEKIAN HARAP AMBIL PERHATIAN.........



Sunday, November 16, 2008

TAHNIAH! UPSR 2008


Gambar kenangan Calon Target

Tahniah diucapkan kepada semua Warga SK Chiku 01, khususnya kepada Guru-guru yang mengajar di Tahun 6, kerana dapat melahirkan pelajar yang berwibawa. Untuk pengetahuan semua SKSC01 telah melahirkan 7 orang pelajar yang mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR 2008 yang lalu. Keputusan ini amat membanggakan. Dari segi peratus kelulusan SKSC01 telah memperolehi 58.7 % iaitu peningkatan sebanyak 12 % dari tahun lalu.
Ini lah kata
"PERJUANGAN GURU TIDAK AKAN TERHENTI SETAKAT INI SAHAJA IANYA AKAN BERTERUSAN WALAU BADAI DAN RIBUT MELANDA......"
TAHNIAH, TAHNIAH, TAHNIAH............................SKSRI CHIKU 01
:dari penulis Blog sekolah

Tuesday, August 26, 2008

Pasukan Bola SKS Chiku01

Pasukan Bolasepak Sekolah Kebangsaan Sri Chiku 1 telah mengadakan banyak perlawanan persahabatan dengan sekolah-sekolah yang berhampiran, antaranya ialah SK Ciku 3, SMK Chiku 2, SMK Bandar Chiku, SK Paloh 1&2 dan SMK Paloh. Tujuan utama perlawanan bolasepak persahabatan ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim antara guru-guru yang mengajar di sekitar Felda Chiku ini.
Semoga dengan adanya perlawanan pesahabatan ini tali ukhuwah antara kami akan bertambah erat lagi......
"BADAN SIHAT MELAHIRKAN MINDA YANG CERGAS"


Sunday, July 20, 2008

Program Sivik & Kemasyarakatan

Pada 21/07/2008. Sekolah Kebangsaan Sri Chiku 01 telah mengadakan "Program Sivik & Kemasyarakatan" untuk Tahap 2. Program ini dijalankan dengan aktiviti Pertandingan Melukis yang bermula pada jam 8.15 hingga 9.15 pagi.

Saturday, July 19, 2008

PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 6

Pada hari Isnin 14 Julai 2008, satu majlis telah diadakan di SKSC 01. Majlis ini dinamakan
"Program Bersama Ibu Bapa Pelajar Tahun 6"
Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibubapa pelajar tahun 6, tujuan program ini dijalankan adalah untuk merapatkan lagi hubungan ibubapa dengan para guru yang mengajar Tahun 6 beserta dengan majlis tandatangan buku rekod kemajuan pelajar. Dengan majlis ini ibu bapa diberi penjelasan mengenai pencapaian anak-anak mereka.
Program ini bermula jam 9.00 pagi dan selesai pada jam 10.30 pagi.....

Saturday, July 5, 2008

Hari Cakna Keluarga

Satu program cakna pembelajaran telah diadakan di dewan Orang Ramai Chiku 1.
Program in adalah anjuran bersama antara PPD Gua Musang dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia yang dikelolakan oleh SKSC01 dengan SKSC02.
Program ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada kalangan Ibubapa dan pelajar dari kedua-dua buah sekolah......
Salah seorang penceramah untuk program tersebut adalah Pegawai Pelajaran Daerah Gua Musang iaitu Tuan Hj Zahari......



Wednesday, July 2, 2008

MERENTAS DESA


Satu acara tahunan telah dapat dijalankan pada 03 Julai 2008 yang bertempat di kawasan perkampungan Felda Chiku 1. Acara Merentas Desa ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kalangan pelajar SKSri Chiku.

Acara ini disertai oleh pelajar dari tahun 3 hingga tahun 6, bagi pelajar tahun 1 & 2 mereka ini telah disediakan acara mewarna yang bertemakan "Hari Sukan"

Semua Warga SKSC 01 telah memberi kerjasama yang baik bagi menjayakan program merentas desa ini dan juga sambutan dari pihak ibubapa jugak amat baik....................

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan Program Merentas Desa di SKSC 01 pada tahun ini.......
"MAJULAH SUKAN UNTUK SKSC 01"


Wednesday, May 21, 2008

Hari Guru SKSC01 "08"



Pada hari ini Khamis 22 May 2008, SK Sri Chiku 01 telah mengadakan sambutan hari Guru. "GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG " itu lah tema hari Guru pada tahun ini.
Pelbagai acara diadakan pada hari ini......
Sebagai mengenang jasa yang dicurahkan oleh GURU, pelbagai hadiah dan cenderahati telah diberikan oleh kalangan pelajar kerana mengingati jasa yang dicurahkan kepada mereka......
Lagu GURU MALAYSIA dan bacaan Ikrar telah diperdengarkan oleh para guru..............

"SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU"
JasaMu akan sentiasa dikenang oleh anak didikmu.....
Semoga Dimurahkan Rezeki Dan Dipanjangkan Umur untuk Mendidik Anak DidikMu.......AMIN............

Sunday, May 11, 2008

Perpisahan Tuan Haji Harun




SKSChiku01 akan kehilangan seorang guru yang berpengalaman dan guru yang paling lama berkhidmat di SKSC01. Guru yang dimaksudkan adalah Tuan Haji Harun yang akan yang telah dilantik untuk memikul tugas sebagai PKHEM di SK Chiku 3. Walaupun tubuhnya berada diSK Chiku 3 tetapi kenangan beliau di SKSC01 tetap menjadi kenangan yang abadi..............









Kenangan bersama rakan diKuala Koh......

Tuesday, May 6, 2008

Mengadakan Taklimat LDP

Sudah diadakan untuk semua guru pada 5/05/2008 bertempat dibilik wawasan SK Sri Chiku 01. Taklimat ini telah mendapat sambutan hangat daripada semua guru.Kebanyakkan guru kini semakin faham dengan latihan dalam perkhidmatan.Semoga LDP akan berjaya dilaksankan dengan jayanya

Sunday, May 4, 2008

Pengasas Blogspot SKSC01


Selepas menghadiri kursus di Seri Malaysia Marang, cikgu ini telah memperkenalkan laman Blogger kepada semua guru di SKSC01. Beliau telah mengadakan inhouse traning kepada semua guru.
Dengan adanya kursus ini, diharap semua guru akan celik IT untuk masa akan datang.............
Sekian