Sunday, July 20, 2008
Saturday, July 19, 2008
PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 6
Pada hari Isnin 14 Julai 2008, satu majlis telah diadakan di SKSC 01. Majlis ini dinamakan
Program ini bermula jam 9.00 pagi dan selesai pada jam 10.30 pagi.....
"Program Bersama Ibu Bapa Pelajar Tahun 6"
Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibubapa pelajar tahun 6, tujuan program ini dijalankan adalah untuk merapatkan lagi hubungan ibubapa dengan para guru yang mengajar Tahun 6 beserta dengan majlis tandatangan buku rekod kemajuan pelajar. Dengan majlis ini ibu bapa diberi penjelasan mengenai pencapaian anak-anak mereka.Program ini bermula jam 9.00 pagi dan selesai pada jam 10.30 pagi.....
Saturday, July 5, 2008
Hari Cakna Keluarga

Program in adalah anjuran bersama antara PPD Gua Musang dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia yang dikelolakan oleh SKSC01 dengan SKSC02.
Program ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada kalangan Ibubapa dan pelajar dari kedua-dua buah sekolah......
Salah seorang penceramah untuk program tersebut adalah Pegawai Pelajaran Daerah Gua Musang iaitu Tuan Hj Zahari......
Wednesday, July 2, 2008
MERENTAS DESA
Satu acara tahunan telah dapat dijalankan pada 03 Julai 2008 yang bertempat di kawasan perkampungan Felda Chiku 1. Acara Merentas Desa ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kalangan pelajar SKSri Chiku.
Acara ini disertai oleh pelajar dari tahun 3 hingga tahun 6, bagi pelajar tahun 1 & 2 mereka ini telah disediakan acara mewarna yang bertemakan "Hari Sukan"
Semua Warga SKSC 01 telah memberi kerjasama yang baik bagi menjayakan program merentas desa ini dan juga sambutan dari pihak ibubapa jugak amat baik....................
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan Program Merentas Desa di SKSC 01 pada tahun ini.......
"MAJULAH SUKAN UNTUK SKSC 01"
Subscribe to:
Posts (Atom)